ANALISIS TAHAP TUJUAN DAN PENERIMAAN DALAM FILEM PENDEK MAT LUTHFI "B.O.B" (BUAT ORANG BERSALAH)
Menurut Mohd Rashid Md Idris et
al. (2012), tujuan sesebuah wacana sememangnya mempunyai kaitan antara tautan
dan juga runtutan. Hal ini demikian kerana, tautan dan runtutan perlu ada dalam
sesebuah wacana. Bukan itu sahaja, kedua-dua elemen ini amat penting untuk
menghasilkan sesebuah wacana yang bermakna. Oleh hal yang demikian, penumpuan
terhadap tahap tujuan video tersebut dimuat naik adalah sangat penting bagi
memastikan tahap penerimaan kepada pelbagai lapisan masyarakat dapat dicapai
semaksimum mungkin.
Menurut Nik Safiah Karim et al.
(2015), suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi (tautan)
dan koheren (runtutan). Namun begitu, terdapat ciri lain yang membantu untuk
menghasilkan wacana yang utuh. Antara ciri tersebut adalah tujuan sesuatu
wacana, penerimaan oleh pendengar atau pembaca, maklumat yang terkandung,
keadaan yang mewujudkan wacana, dan interteks atau peranan wacana-wacana lain
yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa-apa yang didengar atau
dibaca.
Bukan itu sahaja, menurut Nik
Safiah Karim et al. (2015), sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau
tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu
topik. Hal ini bermaksud, sesuatu wacana itu wujud semestinya mempunyai
tujuannya yang tersendiri sama ada disampaikan melalui ujaran atau pun
penulisan. Sekiranya penutur atau penulis jelas dengan tujuan penyampaiannya,
sudah pasti maklumat yang ingin disampaikan akan mudah diterima dan seterusnya
difahami oleh pembaca atau pendengar. Menurut beliau lagi, tujuan wacana adalah
penting untuk memilih teknik penyampaian wacana sama ada naratif, deskriptif,
eksposisi atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana sama ada
ucapan, syarahan, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya.
Menurut Mohd Rashid Md Idris et
al. (2015), terdapat empat peringkat dalam runtutan, iaitu tahap tujuan, tahap
penerimaan, tahap maklumat dan tahap keadaan. Namun begitu, dalam kajian ini
pengkaji hanya ingin memfokuskan kepada tahap tujuan dan penerimaan sahaja.
Menurut beliau lagi, tahap tujuan merujuk kepada penulis menentukan tujuan
beliau menulis wacana dan melihat sejauh mana teks memasuki atau menepati
tujuan penulis. Bukan itu sahaja, penulis juga dapat menimbulkan interaksi
komunikatif. Tujuan ini juga ditentukan oleh penulis atau pembicara. Sekiranya
seseorang itu ingin menyampaikan sesuatu, beliau mestilah jelas dengan tujuan
penyampaiannya agar tidak akan tergelincir daripada makna yang ingin
disampaikan. 3
Bagi tahap penerimaan pula, Mohd
Rashid Md Idris et al. (2015), menyifatkan bahawa penilaian yang dibuat oleh
penulis terhadap kebolehan pembacanya menerima mesej yang disampaikan. Hal ini
bermaksud bahawa penerima maklumat dapat menerima maklumat tersebut seperti
mana yang dikehendaki oleh penyampainya. Terdapat tahap penerimaan rendah dan
tinggi yang telah dikasifikasikan oleh beliau. Penerimaan tinggi bermaksud
penerima maklumat dapat mengetahui maksud asal yang ingin disampaikan oleh
pemberi maklumat dan begitulah sebaliknya.
Dalam kajian ini, pengkaji lebih
banyak memfokuskan kepada tahap tujuan dan penerimaan yang terdapat dalam video
yang dikaji, iaitu video Mat Luthfi yang bertajuk Buat Orang Bersalah ( BOB ).
Video yang digunakan adalah selama enam minit tiga saat yang diambil daripada “youtube.com”.
OBJEKTIF KAJIAN
1) Menyatakan fungsi tujuan dan
penerimaan dalam teks.
2) Menganalisis aspek tujuan dan
penerimaan dalam filem pendek “BOB”.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi
menjawab persoalan berikut:
1) Adakah fungsi bagi tujuan dan
penerimaan dalam filem pendek?
2) Adakah terdapat hubungan yang
signifikan antara aspek tujuan dan penerimaan dalam filem pendek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan