Konsep Wacana
Wacana merupakan suatu bahagian
atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat yang lengkap.
Oleh hal yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk
sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2010), wacana
membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan,
pertuturan serta percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982) pula,
wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat. Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985)
dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang
melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.
Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Dalam
tatabahasa, wacana ini diletakkan di tahap paling atas atau tertinggi mengikut
hierarki.
Sejumlah ayat tertentu hanya
membawa satu tumpuan makna sahaja. Manakala tumpuan makna pula akan membentuk
satu fokus pemikiran yang mana di dalam
tatabahasa ia disebut sebagai wacana. Selain itu, wacana juga boleh disebut
sebagai rentetan, tautan dan hubungan antara sistem bahasa yang tersusun sehingga
menjadi satu bentuk ayat, perenggan, karangan, sebuah novel, sebuah majalah,
buku seminar, bengkel, forum dan sebagainya.
Wacana berasal daripada perkataan
Jawa iaitu ‘wocono’ atau ‘woco’ yang membawa maksud baca. Terdapat dua jenis
wacana di dalam unit bahasa iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan
dihasilkan atau dituturkan secara lisan dan melibatkan komunikasi secara
langsung antara penutur dengan pendengar seperti aktiviti perbualan harian,
temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah dan sebagainya. Wacana jenis ini
melibatkan ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya dalam
menyampaikan sesuatu maksud. Manakala wacana tulisan pula berkisar kepada
tulisan dan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang
berlaku dalam wacana tulisan ini adalah secara tidak langsung . Contoh wacana
tulisan adalah seperti tulisan rencana, akhbar, majalah, novel dan lain-lain
lagi.
Teori Wacana
Teori Sanat Md. Nasir
Menurut Sanat Md Nasir
(1998:122-124) berpendapat bahawa, teori-teori bahasa wacana sebelum ini tidak
mempunyai asas yang kukuh kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat
hubungan makhluk dengan Penciptanya (Khaliqnya). Bagi memenuhi keperluan
tersebut, wujud sebuah teori yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh iaitu
:
Teori Atqakum.
Teori ini menggabungkan kepadaan deskripsi dan
eksplonatori dengan keadaan kepadaan „atqakum‟. penggunaan bahasa tetapi turut
melibatkan pengkaji bahasa dan sesiapa juga yang terlibat dengan aktiviti
kebahasaan. Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep “alamma” memperlihatkan
perlunya bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Allah kepada manusia.
Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersifat lemah dan jahil.
Teori ini mempunyai unit tatabahasanya iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang
dikenali sebagai “Wacana Plus Plus”. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat
sauatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana Plus Plus.
Hirarki dalam unit tatabahasa wacana plus plus boleh dilihat dalam konteks yang
paling luas, bermula dengan sesuatu yang tidak diketahui, fonem, kata, frasa,
klausa, ayat, wacana dan berakhir dengan wacana plus plus, yang termasuk
hal-hal yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia. Pada peringkat ini,
tatabahasa wacana plus plus dilihat sebagai unit tatabahasa yang terbesar
kerana mencakupi perkara-perkara ghaibi. Tatabahasa wacana plus plus
menggabungkan bahasa pertuturan (literal) dengan bahasa hati untuk menghasilkan
kesan yang lebih luas dan mendalam. Rasulullah SAW dijadikan sebagai model dan
ikutan yang terbaik.
Selain itu juga, tatabahasa
wacana plus plus bukan sahaja membincangkan unit-unit tatabahasa, malah
mencakupi persoalan asal-usul bahasa
(Allamahullbayan). Pendokong tatabahasa wacana plus plus membincangkan
perkara asal usul bahasa berpandukan
sumber aqli dan naqli.
Menurut Beaugrande dan Dressler
(1986:17) : “If we assume that structures are always the outcome of intentional
operations, then even single sentences must evolve through election rather than
being derived from abstract rules
alone.”
Berdasarkan petikan dapat
difahami bahawa dalam sesebuah wacana ayat-ayat yang digunakan dianggap telah
terpilih secara sedar dari jumlah pilihan yang disediakan. Tujuan wacana juga
adalah untuk menggambarkan bagaimana struktur wacana disusun dengan
memperhatikan penempatan dan peranan unsur-unsur yang didapati pada tiap-tiap
bentuk lahir ayat seperti mofem, kata, frasa, klausa. Wacana juga berfungsi
untuk menyatakan suatu fikiran oleh seseorang penutur. Penyataan fikiran dapat
disampaikan melalui struktur dan sistem yang
bersangkutan dengan cara penyampaiannya.
Menurut Beaugrande dan Dressler (1981:4)
menjelaskan bahawa runtutan ialah cara komponen dunia teks iaitu konfigurasi
konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses bersama dan
berkaitan. Hal ini dikaji melalui dua konsep iaitu primer (pusat kawalan) dan
sekunder (mengakses dan memproses).
Runtutan.
Runtutan sering juga disebut
sebagai koherensi. Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) pula
mendefinisikan runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti
kefahaman tentang sesuatu. Secara kesimpulannya, runtutan dapat difahami
sebagai kaitan sesuatu ujaran secara logik bagi memberi kefahaman kepada
pembaca. Menurut Sanat Md. Nasir dalam Mohd Rashid Md Idris (2004), terdapat
beberapa tahap runtutan. Pertama adalah tahap tujuan. Tahap tujuan melihat
kedalaman pemahaman penulis atau penutur tentang sesuatu teks yang ditulis.
Tahap kedua pula melihat sejauh mana tahap penerimaan pendengar atau pembaca tentang
sesuatu teks. Tahap ketiga pula melihat ketepatan tanggapan pembaca terhadap
sesuatu maklumat dalam teks. Tahap yang terakhir melihat kerelevanan sesuatu
teks berdasarkan situasi ujaran. Tahap-tahap runtutan hanya dapat dicapai
melalui penggunaan perkataan atau kebijaksanaan pengarang dalam mengaitkan
sesuatu perkara melalui penggunaan runtutan. Struktur tema. Sanat Md Nasir
dalam Mohd Rashid Md Idris (2004) menyatakan struktur tema sebagai sesuatu yang
mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa dalam struktur tema terbahagi kepada
tema dan rema. Tema boleh difahami sebagi fokus utama penceritaan. Selain itu,
tema dapat difahami sebagai subjek yang diterangkan sedangkan rema adalah
predikat yang menerangkan subjek. Hal ini boleh difahami melalui contoh di bawah:
i. Abu suka makan kek.
Ayat di atas menunjukkan
penggunaa tema dan rema. Tema dapat dilihat melalui perkataan Abu kerana berfungsi sebagai subjek
yang diterangkan sedangkan suka makan kek
pula merupakan rema kerana berfungsi menerangkan predikat.
Berdasarkan perbincangan yang
dibuat berdasarkan model teori dan ciri wacana ini terdapat dua tokoh bahasa
yang bergiat aktif dalam bidang kajian wacana. Sanat Md. Nasir mengemukakan
Teori Atqakum, konsep tautan dan konsep struktur tema. Beaugrande Dressler
memperkenalkan konsep runtutan dan ciri pengguguran atau elipsis.
Ciri-ciri Wacana
Tautan.
Tautan leksikal dapat dibahagikan
kepada empat iaitu tautan leksikal repitisi (pengulangan), hiponim, kolokasi,
dan ekuivalensi. Repitisi atau pengulangan adalah kata yang sering kali diulang
yang terdiri daripada 'kata isi' (content word ). Pengulangan dilakukan
terhadap perkataan-perkataan yang penting. Perkataan penting ini boleh dikenali
dengan melihat fungsinya sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan. Sekiranya
ditinggalkan, ayat tersebut menjadi tidak bermakna. Terdapat beberapa jenis
pengulangan berdasarkan model pindaan Sanat Md Nasir. Unsur pengulangan kata
boleh dilihat melalui ayat di bawah :
i. Jejaka itu telah berjaya
menyelamatkan seorang puteri daripada lemas.
ii. Jejaka itu akhirnya mendapat balasan setimpal
apabila diberi ganjaran lumayan.
Melalui petikan di atas, terdapat
pengulangan perkataan jejaka sebanyak dua kali. Apabila subjek jejaka dalam
ayat 2 digugurkan, ayat tersebut menjadi tidak gramatis kerana ketiadaan
subjek. Sanat Md Nasir pula membahagikan konjungsi kepada hubungan berlawanan,
hubungan keluarga serta hubungan sebab dan akibat. Pertama adalah hubungan
kekeluargaan menggunakan kata yang mempunyai hubungan superordinat dan ordinat.
Hubungan seterusnya adalah hubungan masa menggunakan penanda-penanda wacana
yang berkaitan dengan masa. Seterusnya adalah hubungan berlawanan boleh dilihat
melalui entiti atau keadaan yang berlawanan.
Pengguguran atau elipsis menurut Beaugrande dan Dressler dalam Mohd Rashid Md
Idris (2004:10) adalah salah satu pengulangan struktur linguistik dan unsur
yang sama tetapi menghilangkan sebahagian daripada ujarannya. Elipsis boleh
dibahagikan kepada tiga. Pertama, adalah elipis kata nama. Elipsis ini
selalunya mengugurkan kata nama. Sebagai contohnya boleh dilihat dalam contoh di bawah :
i. Surani dan Dayana
membeli-belah di Mid Valley. Mike dan Nike pula sebaliknya.
Contoh di atas menunjukkan
pengguguran kata nama Surani dan Dayana dalam ayat kedua. Sebenarnya selepas
perkataan sebaliknya wujud perkataan Surani dan Dayana. Kedua adalah elipsis
kata kerja. Elipsis kata kerja selalunya akan menggugurkan kata kerja. Misalnya
di bawah
i. Malik dan Jemat memancing
ikan di sungai. Mereka telah meminjam dua joran pancing daripada Ah Tong. Pada minggu lalu saya telah
meminjam satu.
Petikan di atas menunjukkan
pengguguran kata kerja dalam ayat kedua. Perkataan yang digugurkan adalah
perbuatan meminjam joran. Oleh sebab meminjam adalah kata kerja yang menjadi
inti ayat, perkataan tersebut tidak dapat digugurkan kerana akan menyebabkan
ketidakgramatisan ayat. Perkataan yang digugurkan adalah joran yang mewakili
perbuatan subjek. Seterusnya adalah elipsis klausal. Pengguguran ini berlaku
apabila menggugurkan klausal. Sebagai contohnya, lihat ayat di bawah :
i. Kamu semua sudah makan nasi
ayam dekat dapur? Belum - bukan? Kalau
belum - silalah.
Petikan di atas menunjukkan
pengguguran klausal pada tanda sempang. Tanda sempang pertama dan kedua sepatutnya diisi oleh
klausal makan nasi ayam tetapi telah digugurkan. Pengguguran ini perlu memenuhi
syarat. Tanpa klausal, ayat masih boleh difahami oleh pembaca. Jika tidak difahami ayat tersebut
tidak menepati ciri tautan klausa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan